<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6251490315020488942\x26blogName\x3dFR+;+FOR+REVENGE\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://byybunnyelmoo.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://byybunnyelmoo.blogspot.com/\x26vt\x3d5255312812986486219', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Oh hello. I am Bubu and I am 16. Donuts and novels are my favorite things.

Wednesday 31 August 2011
happy eid mubarak !

assalamualaikum , setelah sebulan sudah umat ISLAM berpuasa , akhirnya kami pun menyambut hari raya aidilfitri pada 30 AUGUST 2011 :) detik yang pastinya dinantikan oleh umat ISLAM sebagai kemenangan berpuasa selama sebulan . cukupkah anda berpuasa sebulan ? kalau tak cukup tak boleh raya . HAHA . orang tue-2 selalu cakap macam tuh bagi budak-2 kecik puase sebab orang yang paling gembira pada hari raye pastinya anak-2 kecil yang tidak sabar untok collect duet rayee . ahaaa . actually , tahun niy aku tk berapa semangat nak raye sebab jaja pon TAK balik raye and rase macam boring + aku ade firasat macam tahun niy tak dapat banyak duet raye lahh . eceh . pakai instinct plak aku niyy :) saje jhea , sekali sekala . tapi , ALHAMDULLILAH hari raye kedua jhea dah dapat jejak 200 lebehy . syukran lahh :) selain itu , semalam dah 7 tahun maktok pergi meninggalkan kami setelah dia kembali ke rahmatullah pada 30 AUGUST 2004 . sedehy lahh jugak . hari niy terasa rindu pulak dekat maktok sebab tadi aku pergi rumah maktok dan masok kejap dekat bilik dea . mungkin raye tahun niy tak berasa sangat sebab rase macam dah besar and tetibe rase rindu pulak waktu kecik-2 , mase tuh dapat duet raye paling masyuk . haha . semalam kan mase py beraye ke rumah tok bok , tok bok tak kenal aku , maybe sebab aku dah pakai tudung kodd . agaknya . aku terdengar perbualan tok bok dengan auntie su time tgah makan kueh rayee . aku pun curi-2 dengaa lahh apatah lagi name aku naik . of course lahh aku curious kann . okay , inilah perbualan mereka tuhh :

tok bok : sape yang pakai tudung tuhh ?
auntie su : tuh syahirah lahh anak abang cho yang kecik sekali tuh , sekarang dah besar dahh , dah anak dara , pakai tudung dahh .
tok bok : ha'ah .
auntie su : dulu kecik-2 comel jhea , muke macam anak patong , sekarang dah pakai tudung nampak cantik pulakk .

itulah perbualan pendek mereka . rase bangge jugak bila auntie su cakap aku CANTIK :) haha . auntie su cakaplah dania jadi pengganti aku sebab dulu muka aku macam patung sekarang ganti dea plakk :) ahaa . paztuhh malam tuh , ada hari perjumpaan keluarga AHMAD . ahmad niy moyang ayah aku . so dea ny atok nyang aku lahh . ramai jugak lahh yang datang . then SYAHMI SHAMSUL ponn ade jugak . perghhh . handsome . pakai t-shirt merah , badan tegap . hahh . budak rugby wehyy . bukan maen-2 . haha . dah lahh dea tuh putih . time dea sampai tuhh , dea tak tegor aku langsung . engad kod dh lupe aku . almaklum , time dea jumpe aku dulu aku mane pakai tudungg , sekarang tibe-2 pakai tudung . hehe . then , after dea datang IKHLAS , SABRINA , IZAT , ANGELINA , IRFAN dan IKI pon tibe bersama-sama MAKNGAH , AUNTIE INA and CHU . biasa lahh aku apa lagi berkepit lahh nn SABRINA memandangkan dia jhea yang boleh masok nn aku selain IKHLAS GONJENG dan SYAHMI . aku duduk satu table dengan IKHLAS semua . tak kesunyian lahh aku malam tuhh . then , malam tuhh , ZYQA nampak cantek sangat . okay , dea memang sentiasa kelihatan cantikk . sekarang dea makin chubby mehy :) then , dah bual-2 , makan-2 . IKHLAS datang membawa SYAHMI . ya ALLAH , cair aku tengok dea ! kan bagos ade BF macam dea . then , aku tarik muka nn dea sebab tak tegor aku then aku cakap dea sombong . dea kate mane ade . then snap-2 sekejap gune DSLR dea . aku ponn ngadu dekat ikhlas , dea tak tegor aku , then ikhlas cakap " DEA TUH PEMALU LAHH DENGAN PEREMPUAN ." ohh , okayy . takpee . bagoslahh . mesti setia . eceh . mane tahu . kau bukan rapat ponn dengan dea . paztuh layan si SABRINA tuh snap-2 gambar . okay lahh , sebagai selingan aku letakkan beberapa gambaa aku malam tuhh , iaitu hari yang merupakan kali pertama aku menyambut aidilfitri dengan memakai tudungg :)

( ikhlas dan syahirah )

( izat dan ikhlas )

( syahirah dan sabrina )

( sabrina dan ajah )

malam tuhh agak seronok jugakk , even aku niy bukan bergaul sangat dengan sedare-2 tapi at least aku tahu aku masih ade sedare . malam tuhh aku dapat jumpe angelina yang aku rase lebih kurang setahun lebih sudah tidak berjumpa . walaupun dea nampak ganas , tapi dea tetap baek . kesian dea , meskipun dea nn sabrina masih kecik tapi macam-2 masalah telah melanda diri mereka dan ALHAMDULLILAH mereka kuat untuk menghadapi dugaan itu , tak seperti sesetengah kanak-2 . malam tuh aku balik dalam pukol 11 . sebelum baik , aku sempat berjumpa dengan SYAHMI , okay lahh dapat berbual nn dea walaupon SEKEJAP sahajee :( daripada tak langsongg kun ? then , dea mintak NUMBER PHONE aku ! woot2 . SYAHIRAH ! STOP IT LAHH , TAK PAYAH LAHH NK PERASAN SANGAT . wajar lahh kod cousin amik number phone cousin sendiri . HAISH . berangan jhea aku niyy ! meskipun raye kali niy kurang seronok tapi konklusi yang boleh aku buad bahawa HARI RAYE HARI UNTUK MENGERATKAN SILATURRAHIM :) lepas tuh raye tetap diteruskan , raye kedua niy baru terasa SERONOK . pergi raye rumah AUNTIE JIP . seronok . auntie jip niy memang rapat lahh nn family aku , aku pon senang nn auntie jip's family . then time nak balik , ikhlas and the gang datang bersama-sama makngah . then , tak jadi balik . macam biasee lahh , kalau dahh ade SABRINA , layan snap-2 lahh nn dea . HAH , niy antare gamba-2 yangg kiteorang snap :)
                                                     
( sabrina , kaklong , dania , angelina )
( angelina dan syahirah )
( syahirah , sabrina , edlin , lisa , irfan , ikmal )

itulah antara gambaa yang larat untuk aku masokkan . haha . kalau nak masokkan semua memang tak lahh kunn , dah laa internet niy lembap . gambaa pon banyakk . haha . then , lepas rayee rumah auntie jip , kiteorangg gerak py rumah makngahh . sampai rumah makngah just ade uda jhea . hee :) then , makan lauk gulai uda then dea goreng telor untok aku , UDA MEMANG THE BEST LAHH :) aku ingat lagi mase aku kecik-2 , aku ingat uda niy orang gaji rumah maktok , dah lame-2 baru aku tahu kalau UDA tuh sebenanye AUNTIE aku . tp uda memang SEMPOI lahh :) suka sangat dengan uda . then , time nak balik tuh UDA masakkan nasi goreng untok aku , SERIOUS ! dalam hati aku terdetik nak makan nasi goreng uda . TUP . . TUP . . TUP . . uda tibe-2 tanye nak dea masakkan nasi goreng tak ? aku ape lagi ON jhea lahh :) kesudahannya , aku memang HAPPY lahh today . dah laa , UNCLE LEMAN kasik duet raye RM 50 . woot woot :) masyukk . akhirnya duet raye dah mencecah RM 250 :) 

new look :D

assalamualaikum pembuka bicara , haha . aku tahu agak pelik kenapa tibe-2 aku bagi salam pulakk sebelumm post blog . haha . ieza , kawan aku pon ade cakap dea pelik sejak bile aku bagi salam . hehe . tapi setiap orang boleh berubah cuma bezanya kita nak berubah atau tidak . betol takk ? aku sekarang mencube untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dan pastinya aku inginkan yang terbaik untuk diri aku :) mungkin buku lame belom bisa aku tutup sepenuhnya tetapi tak salah jika kita ingin bukak buku baru . as a person , personally i really want to turn a new leaf but i cannot leave all my past like that . buang yang keruh ambil yang jernih . kita selalu dengar quote tuh kan . setiap orang ade kehidupan mereka masing-2 . sama ada kehidupan kita itu indah atau tidak , kita yang akan mencorakkannya . okay , aku tahu penulisan aku kali ini sedikit berbeza kerana ayat yang digunakan juga agak matang tetapi tak salah kalau sekali-sekala kita nak bertukar angin . kita tak boleh jugak 24 jam/7 hari nak bersifat keanak-anakan . hidup ini adalah satu pembelajaran , kita sentiase belajar dalam menempuhi ranjau kehidupan .  afiq , mahirah , hazuani , radziah , sapek , hamizan , the seven , the black lollipop , teachers , friends and family always gave me a good lesson to be a better person . mereka memberikan pengalaman yang bermakna sehingga mampu mengubah corak kehidupan aku . afiq hampir mengubah diri aku sepenuhnya . tetapi setelah dia meninggalkan aku , aku masih lagi mencuba untuk menjadi lebih baik meskipun ketiadaan afiq dalam kehidupan aku . tetapi ALLAH mampu berbuat apa saja kan . lalu , dia telah mengutuskan seorang guru yang telah kuanggap seperti kakakku sendiri . namanya NIK AFRA BINTI AZAM . dia memberikan pendedahan tentang islam dan akhirnya membuatkan hatiku terbuka untuk memakai tudung . tak dilupakan juga kepada radziah yang memberikan sokongan penuh dan memberikan aku keyakinan untuk memakai tudungg . mahirah juga sentiasa berada di sisi aku apabila ada yang mengutuk ketika aku mula-2 memakai tudung . sesungguhnya , mereka ini merupakan teman yang terbaik . kemudian , SYAFIQ SYAHMI juga banyak membantu dalam mix and match pakaian yang aku bole pakai apabila aku bertudung . terima kasih korang semua . tanpa bantuan korang mungkin aku tak dapat jadi seperti sekarang . meskipun , masih ada suara-2 sumbang mengatakan aku tidak sesuai memakai tudung dan aku lebih kelihatan cantik jika tidak bertudung tetapi INSYAALLAH , aku mencuba untuk tetapkan pendirian ini . jika kita mengira aspek cantik dan tak cantik sampai bila-2 pon aku takkan pakai tudung . tapi aku memakai tudung kerana tanggungjawab aku kepada ALLAH S.W.T yang telah memberikan aku kehidupan untuk hidup di buminya . bahkan , aku merasakan jika seseorang itu memakai tudung dia akan kelihatan lebih manis dan berseri , maksud aku PEREMPUAN lahh , lelaki dikecualikan . hehe . lagipun adakah kita ingin mengulang kembali sejarah lalu dengan kembali kepada ZAMAN JAHILIAH yang juga turut dikenali sebagai ZAMAN KEGELAPAN pada suatu ketika dahulu , orang yang tidak mengetahui sejarah akan menjadi penyebab sejarah lalu berulang . mungkin disebabkan itu , sejarah dijadikan salah satu pelajaran teras dalam peperiksaan . baiklah , di sini aku ingin menampilkan penampilan aku yang baru :

                                          
                                                       ( new syahirah )

                                                             
                                                       ( syahirah dan syahmi )

okay takk aku pakai tudung ? hee :) aku suka pakai tudung . lagipun memakai tudung merupakan satu kewajipan . jika aku nak tunggu amalan aku sempurna , solat 5 waktu , memang tak lahh kun . sebab kita manusia biase yang takkan pernah lepas daripada membuat kesilapan . meskipun kita tak dapat menunaikan ibadahnya dengan sempurna tetapi sekurang-kurangnya sempurnakan satu ibadah kita dengan memakai tudung bagi PEREMPUAN dan kemudian cuba untuk jadi yang lebih baik . sesungguhnya , terlalu banyak hutang kita kepada ALLAH S.W.T yang maha BESAR . renung-renungkan dan selamat beramal :)