![]() |
|
|
Wednesday, 31 August 2011
new look :D
assalamualaikum pembuka bicara , haha . aku tahu agak pelik kenapa tibe-2 aku bagi salam pulakk sebelumm post blog . haha . ieza , kawan aku pon ade cakap dea pelik sejak bile aku bagi salam . hehe . tapi setiap orang boleh berubah cuma bezanya kita nak berubah atau tidak . betol takk ? aku sekarang mencube untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dan pastinya aku inginkan yang terbaik untuk diri aku :) mungkin buku lame belom bisa aku tutup sepenuhnya tetapi tak salah jika kita ingin bukak buku baru . as a person , personally i really want to turn a new leaf but i cannot leave all my past like that . buang yang keruh ambil yang jernih . kita selalu dengar quote tuh kan . setiap orang ade kehidupan mereka masing-2 . sama ada kehidupan kita itu indah atau tidak , kita yang akan mencorakkannya . okay , aku tahu penulisan aku kali ini sedikit berbeza kerana ayat yang digunakan juga agak matang tetapi tak salah kalau sekali-sekala kita nak bertukar angin . kita tak boleh jugak 24 jam/7 hari nak bersifat keanak-anakan . hidup ini adalah satu pembelajaran , kita sentiase belajar dalam menempuhi ranjau kehidupan . afiq , mahirah , hazuani , radziah , sapek , hamizan , the seven , the black lollipop , teachers , friends and family always gave me a good lesson to be a better person . mereka memberikan pengalaman yang bermakna sehingga mampu mengubah corak kehidupan aku . afiq hampir mengubah diri aku sepenuhnya . tetapi setelah dia meninggalkan aku , aku masih lagi mencuba untuk menjadi lebih baik meskipun ketiadaan afiq dalam kehidupan aku . tetapi ALLAH mampu berbuat apa saja kan . lalu , dia telah mengutuskan seorang guru yang telah kuanggap seperti kakakku sendiri . namanya NIK AFRA BINTI AZAM . dia memberikan pendedahan tentang islam dan akhirnya membuatkan hatiku terbuka untuk memakai tudung . tak dilupakan juga kepada radziah yang memberikan sokongan penuh dan memberikan aku keyakinan untuk memakai tudungg . mahirah juga sentiasa berada di sisi aku apabila ada yang mengutuk ketika aku mula-2 memakai tudung . sesungguhnya , mereka ini merupakan teman yang terbaik . kemudian , SYAFIQ SYAHMI juga banyak membantu dalam mix and match pakaian yang aku bole pakai apabila aku bertudung . terima kasih korang semua . tanpa bantuan korang mungkin aku tak dapat jadi seperti sekarang . meskipun , masih ada suara-2 sumbang mengatakan aku tidak sesuai memakai tudung dan aku lebih kelihatan cantik jika tidak bertudung tetapi INSYAALLAH , aku mencuba untuk tetapkan pendirian ini . jika kita mengira aspek cantik dan tak cantik sampai bila-2 pon aku takkan pakai tudung . tapi aku memakai tudung kerana tanggungjawab aku kepada ALLAH S.W.T yang telah memberikan aku kehidupan untuk hidup di buminya . bahkan , aku merasakan jika seseorang itu memakai tudung dia akan kelihatan lebih manis dan berseri , maksud aku PEREMPUAN lahh , lelaki dikecualikan . hehe . lagipun adakah kita ingin mengulang kembali sejarah lalu dengan kembali kepada ZAMAN JAHILIAH yang juga turut dikenali sebagai ZAMAN KEGELAPAN pada suatu ketika dahulu , orang yang tidak mengetahui sejarah akan menjadi penyebab sejarah lalu berulang . mungkin disebabkan itu , sejarah dijadikan salah satu pelajaran teras dalam peperiksaan . baiklah , di sini aku ingin menampilkan penampilan aku yang baru :
( new syahirah ) ( syahirah dan syahmi ) okay takk aku pakai tudung ? hee :) aku suka pakai tudung . lagipun memakai tudung merupakan satu kewajipan . jika aku nak tunggu amalan aku sempurna , solat 5 waktu , memang tak lahh kun . sebab kita manusia biase yang takkan pernah lepas daripada membuat kesilapan . meskipun kita tak dapat menunaikan ibadahnya dengan sempurna tetapi sekurang-kurangnya sempurnakan satu ibadah kita dengan memakai tudung bagi PEREMPUAN dan kemudian cuba untuk jadi yang lebih baik . sesungguhnya , terlalu banyak hutang kita kepada ALLAH S.W.T yang maha BESAR . renung-renungkan dan selamat beramal :) |